Wednesday, July 28, 2004

TELAH BERPINDAH....

Untuk pengetahuan peminat cicak semua (ceh wahhh...).. cicak telahpun mendapat sarang yang baru!.... so.. korang bolehlah melayari http://alangz.blogdrive.com untuk membaca blog cicak seterusnya....

Wanita tidak tahu bercoli?…

Utusan Malaysia; Ahad 25 Julai 2004.

Kuala Lumpur 24 Julai – Rata-rata wanita Malaysia didapati tidak tahu cara memakai pakaian dalam dengan betul kerana mereka membeli coli tanpa mengambil kira ukuran payu dara sendiri.

Kebanyakan wanita di negara ini yang umumnya bertubuh badan berbentuk ‘A’ iaitu mempunyai saiz badan yang lebih besar di bahagian punggung menganggap pakaian dalam adalah sebahagian keperluan tetapi tidak menitikberatkan teknik pemakaian yang betul.

Ia kerana kebanyakan wanita tidak peka dengan saiz badan mereka dan membeli coli tanpa mengetahui ukuran sebenar payu dara.

Selain itu, Pegawai Latihan Wacoal (M) Sdn Bhd., Liew Sok Yeng berkata, masalah wanita negara ini juga lebih gemarkan pakaian dalam yang bercorak cantik dan menonjolkan keseksian tanpa memikirkan risiko daripada pemilihan saiz pakaian dalam yang salah.

“Ramai wanita tidak mempedulikan kualiti pakaian dalam yang dibeli sedangkan ia memberi kesan kepada rutin harian mereka.”

“Selalunya mereka sangat suka membeli pakaian dalam semasa jualan murah kerana boleh membeli dalam kuantiti yang banyak”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ceramah kesihatan pemeriksaan sendiri payu dara anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini hari ini.

Hadir sama, Pengajar (Perbidanan) Kolej Kejururawatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) Carnchana Tan Kim dan Pengurus Latihan Wacoal, Ayako Hata.

Menurut Sok Yeng, pemilihan pakaian dalam mestilah mengikut saiz yang betul dan memberi keselesaan.

Beliau juga menyarankan agar golongan wanita mengukur saiz payu dara dua kali setahun untuk mengetahui perubahan ukuran payu dara dan bentuk badan.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Hehhee.. pasti kita tergelak melihat tajuk di atas bukan?.. aku juga mengaku yang aku sendiri tergelak bila membacanya. Tapi, dalam gelak kita cuba fikir dan renungkan semula. Berapa kerap kita membuat penilaian ini terhadap diri sendiri.

Betulkan pernyataan; aku bukan hanya fokuskan isu ini kepada kaum wanita sahaja. Tentang mereka, aku rasa ada kebenarannya. Pendapat aku disokong dengan penilaian aku semasa secara tidak sengaja melihat emak aku membeli colinya.

Biasalah, duduk di kawasan kampung dan dikelilingi dengan orang melayu. Sifat kejiranan masih menebal di situ. Hal ini berlaku ketika aku pulang ke rumah dan melihat ramai kaum-kaum ibu berkumpul di rumah mak aku. Bila aku masuk, aku lihat mereka sibuk membelek-belek coli yang dibawa oleh seorang makcik untuk dijual. BOLEH HUTANG!…

Aku duduk di kerusi makan dan mengadap mereka kerana pandangan aku pada dasarnya ingin difokuskan kepada siaran tv. Namun buah perbualan mereka tidak dapat aku larikan daripada mendengar.

‘Eee… cantiknya corak ni..’
‘Yelah.. cantik.. kiut sesangat…’
‘Tapi nampak keciklah… takut tak muat jer’…
‘Takperlah… kau pakai jer… kalau tak sedap… kau bagi anak kau pakai…’
‘A’ha.. aku ambil jerlah coli nie… kalau tak muat aku bagi anak aku pakai.. biarlah dia pakai longgar sikit sebab remaja kan.. badan sedang membesar’…

*P/S Bukan dialog sebenar.. tetapi lebih kurang macam tu lah….

Hehehhee… lawak?… mmm… perbualan di atas jelas menunjukkan bagaimana pernyataan Pegawai Latihan Wacoal (M) Sdn Bhd., Liew Sok Yeng tentang sikap orang Malaysia dalam membeli pakaian dalam ini. Cantik, menjadi ukuran utama dan menyebabkan mereka sanggup membeli coli yang tidak sesuai dengan ukuran payu dara sendiri.

Susah untuk aku membuat komen terhadap ukuran payu dara wanita ini kerana aku sendiri tidak tahu bagaimana mereka mengukurnya… tapi kalau ada kesempatan dan ada yang sanggup berkongsi ilmu ini, aku alu-alukan. Bukan niat menggatal, Cuma ilmu ini amat berguna untuk kita kongsi bersama. Mana tahu jika aku berumah tangga dan mahu membelikan sepasang coli untuk bini aku…. Ilmu yang ada sudah pasti dapat membantu aku membuat pilihan yang betul.

Berbalik kepada kaum lelaki. Aku rasa pernyataan di atas juga perlu di tambah dengan kajian terhadap kaum Adam ini. Bagi aku sendirilah… aku akan membeli seluar dalam bila seluar yang ada sudah usang dan koyak. Betul kaum Adam yang lain?..

Mmm… dan membelinya pula, selalunya aku tunggu kalau-kalau ada sale baru beli. Dalam setahun boleh dikira dengan jari berapa helai seluar dalam yang aku beli. Yang membezakan antara aku dengan kaum wanita adalah corak. Aku tak tengok cantik atau tidak. Yang penting aku rasa cantik di mata, terus aku beli. Dan satu lagi, seluar dalam banyak versinya. Ada yang lebar, ada yang nipis, ada yang hanya bertali (G-String).

Dalam pada itu, cadangan yang tertera di kotak tentang saiz yang sesuai mengikut pinggang ada juga yang tidak betul. Contohnya, kalau aku membeli seluar jenama Body Glove; aku lebih selesa memakai saiz L kerana ukurannya agak sempit jika aku membeli saiz M. Bagi jenama Diesel pula, aku lebih selesa memakai saiz M. Saiz itu, selesa bagi aku.

Yelah, kalau membeli kita hendak pastikan ianya selesa. Perkara di atas menyukarkan untuk kita membuat pilihan yang betul. Aku harap ada syarikat yang akan mengeluarkan satu kajian tentang saiz seluar dalam yang sesuai untuk lelaki pula. Seluar dalam kan… mana boleh test dulu.Bak kata pepatah ‘alah membeli, menang memakai’…
 

Cicak: Cuba membayangkan cicak betina memakai coli…..  Muakakkakakakaaaaa….. :-)
 

Minda Melayu VS Cina…

Semalam aku bersama dua rakan sekerja aku secara tidak sengaja berbicara tentang pemikiran dan corak kerja di antara orang melayu dan cina. Salah seorang rakan aku itu berketurunan cina.

Persoalan ini timbul semasa aku menceritakan tentang pengalaman aku semasa menghadiri temuduga di Hong Leong Assurance pada sesi pagi. Dia bertanya kepada aku apa pengalaman kerja aku sebelum ini dan kenapa tidak memasuki bidang kerja di sektor kerajaan.

Aku menyatakan bahawa aku pernah berkhidmat di sektor awam hampir 3 tahun sebelum aku mengundurkan diri dan memasuki sektor swasta. Ditanya mengapa aku keluar dari sana; dan jawapan aku cukup mudah… corak kerja dan PHD orang melayu terlalu tinggi.

Aku berani menyuarakan pendapat aku itu berdasarkan fakta dan pengalaman aku semasa bekerja dengan majoriti orang melayu. Contohnya, dalam masa setahun aku bekerja di sektor kerajaan dan dengan jawatan bertaraf sementara lagi, aku telah diberi Elaun Tanggung Kerja (ETK) oleh ketua bahagian aku kerana beliau amat peka dengan bebanan kerja yang terpaksa aku tanggung akibat daripada senior aku yang bercuti untuk melanjutkan pelajaran. Mengikut kata bahagian Perjawatan, elaun ini tidak boleh diberi kepada mereka yang berjawatan sementara.

Tapi, atas alasan yang kukuh di mana ketua bahagian aku pernah menyuarakan agar kami diberi jawatan tetap, memandangkan terdapat kekosongan jawatan di situ tapi tidak dilayan oleh JPA. Ada lagi cadangannya supaya ditambahkan kakitangan sementara di bahagian aku, tapi juga tidak mendapat respon yang positif. Hasil daripada itu, beliau berkeras dan mendesak bahagian perjawatan agar meluluskan permohonan ETK aku itu. Alhamdulillah, usaha beliau berjaya. Aku telah mendapat ¼ daripada gaji pokok senior aku yang pada ketika itu lebih kurang RM180 sahaja. Gaji kerajaan, berapalah sangat.

Tapi, isu ini telah mendapat ‘liputan’ yang meluas di Unit aku. Desas desus yang aku dengar, mereka tidak berpuas hati kerana aku hanya setahun jagung di situ, tetapi telah mendapat manfaat yang tak sepatutnya. Timbullah kata-kata yang kurang menyenangkan bahawa aku pandai ‘bodek’ bos.

Aku dengan lantang menyatakan bahawa aku tidak mahu elaun itu sekiranya aku tak buat kerja senior aku. Dengan perasaan marah, aku menyatakan kalau mereka mahu elaun itu sila tampilkan diri dan buatlah kerja senior aku itu. Namun, tidak seorangpun yang tampil ke hadapan.

Sebab utamanya; sikap mereka sendiri. Tengok sahajalah kakitangan kerajaan. Setiap kali seseorang pegawai itu bercuti, jika kita ada urusan pasti tiada siapa yang akan melayan kita. Jawapan yang selalu diberi ‘Pegawai bertugas cuti, encik datang esok sahajalah’. Dan paling menyakitkan hati ‘Pegawai bertugas keluar minum, encik duduk dahulu’ walaupun jam di tangan sudah melepasi waktu rehat.

Kenapa perkara ini terjadi?.. kerana sikap mereka sendiri yang tidak mahu mengambil peluang untuk mempelajari kerja rakan-rakan yang lain. Pemikiran mereka cukup mudah; aku dibayar gaji untuk buat benda ini, kenapa harus aku melakukan kerja orang lain. Untuk memajukan diri, aku rasa mereka perlu mengikis tabiat pentingkan diri sendiri untuk mengubah tanggapan orang ramai terhadap pekerja di sektor awam.

Dan yang paling ketara; peratusan orang melayu yang bekerja di sektor awam ini adalah paling tinggi dan sekaligus mencerminkan sikap negatif orang melayu dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Pernyataan aku ini disokong oleh rakan aku itu dan mereka menambah, kerja di sektor awam ini amat sesuai untuk mereka yang MALAS. Rakan aku membuat kesimpulan bahawa mereka berfikiran tiada siapa yang akan memecat mereka sekiranya mereka masih dengan sikap tidak mahu mengambil tahu kerja orang lain.

Aku tahu, bukan semua orang yang berada di sektor awam ini bersikap sebegitu. Bak kata pepatah ‘sebab seekor lembu membawa lumpur, habis semua terpalit’. Moral of the story, para pekerja di sektor kerajaan, cubalah ubah sikap ke arah yang positif.

Berbalik kepada isu minda kaum cina semasa bekerja. Rakan aku menyatakan bahawa kaum cina juga tidak terlepas dengan sikap itu. Cuma yang membezakan antara kaum melayu dan cina ini adalah tindakan mereka. Bagi kaum cina, sekiranya mereka tahu yang mereka lemah jika dibandingkan dengan kawan setaraf dengannya, mereka aku cuma berlawan dengan meningkatkan mutu kerja mereka.

Dan tambahnya lagi, sekiranya antara mereka ada yang bersikap iri hati mereka tidak akan melayan dan menjauhkan diri dari orang yang bersangka negatif itu. Dalam pada itu, hasil daripada ini akan terbentuklah satu kawanan puak A dan puak B. Itu antara pendapat beliau.

Bagi aku, kita perlu ambil sikap untuk memajukan diri sendiri. Ada juga suara-suara sumbang yang menegur aku kerana bersikap primis terhadap kaum aku sendiri; Melayu. Bagi aku ini adalah cara aku. Aku ingin menyatakan kebenaran tanpa perlu selindung. Memang hasilnya seperti membuka pekung di dada. Tapi, berbalik kepada nawaitu sebenar aku. Aku melakukan semua ini dengan tujuan untuk menyedarkan orang melayu betapa pentingnya sikap saling tegur-menegur bagi memastikan bahawa bangsa melayu di Malaysia amnya, tidak akan merempat di tempat sendiri. Aku percaya jika kita masih lagi leka dengan apa yang ada sekarang, pasti satu hari nanti kita akan dijajah semula.

Cicak dari dahulu mengamalkan hidup tidak bermasyarakat (menyendiri). Cari mangsa untuk mengawan sahaja J Jadi, cicak peduli apa dengan cicak-cicak lain…kau nak makan ke, nak terbalik ke, nak gaduh ke.. lantak pi lah.
 

Monday, July 26, 2004

Sibuk?...

Aku baru sedar sekarang. Ramai juga yang membaca blog aku ini. Bukan riak tapi berdasarkan kepada e-mail yang aku terima dan ada juga panggilan dari kawan aku yang bertanyakan kenapa dah lama aku tak update blog aku ni.

Untuk pengetahuan semua, aku sekarang agak sibuk sama ada di rumah mahupun di pejabat. Aku diamanahkan untuk membuat backup untuk 27 biji komputer dan mem'format' nya semula kerana company aku mahu menjual komputer itu semua.

Dalam masa yang sama, aku membelek-belek surat khabar untuk mencari tempat berpaut yang lain kerana detik-detik terakhir aku berada di pejabat ini semakin suntuk. Hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi.

Alhamdulillah, esok aku akan menghadirkan diri untuk proses temuduga. Jadi, aku kena bersiap. Sekurang-kurangnya tahu latarbelakang company itu. Kena buat research.

Di rumah pulak, semalam family baru selesai membuat kenduri tahlil untuk arwah abah. Sebelum ini aku sibuk membantu emak untuk majlis tersebut.

Kat rumah aku, agak kelam-kabut. Lama sudah tidak mengemas. Ada kelapangan masa, aku curi untuk mengemas. Namun aku masih tidak berpuashati.  Semak lagi.

Insyaallah... aku akan terus menulis. Ada bahan berlegar di kepala. Cuma batas masa yang mencemburui.

Entahlah.. kadang-kadang kalau difikirkan semula, semua orang diberi masa 24 jam sehari. Hanya kita sendiri yang patut tahu menguruskannya dengan teratur dan memanfaatkan sebaik mungkin.

Cicak kena makan untuk hidup.  Jadi... cicak perlu merayap untuk mencari mangsa...

Wednesday, July 21, 2004

American Idol's William Hung Found Dead of Heroin Overdose

Wednesday, July 21, 2004

Las Vegas, NV - Kitschy American Idol Star William Hung, famous for his botching of Ricky Martin's "She Bangs," was found dead yesterday, apparently of an intentional heroin overdose. The announcement of his death sent shockwaves to the tens of people who still found him funny.

Ironically, Mr. Hung was found by a VH1 camera crew sent to begin filing "William Hung: Behind the 'Music.'" Viacom immediately decided to rename the special: "William Hung: fifteen minutes till death."

Friends of Mr. Hung say he had become despondent in recent days. "I don't know, it's just so sad," said Ming Tse, one of Hung's former classmates at Stanford, "I heard him the other day on Snotbubble's Morning Madhouse; he kept trying to make William say things like 'me so horny' and 'hey sailor' while playing the sound of a bomb falling. I just know William was hurting inside when Snotbubble got him to say, 'you wanna some-e egg foo young-e.' It was so sad. I just think he was tired of the commercialization of it all."

Other friends, who had lost contact with him in recent weeks, feared he was becoming too "Hollywood." "I'm not surprised he was on heroin," said Hung's engineering cohort Melvin Samples, "I mean just two months ago we were out at our usual corner table at Smitty's, and William actually went and talked to some girls. The next thing I know he's doing shots with some hipster guys; they were calling him 'Long Duck Dong' and making him say 'au-to-mo-bile.' From what I hear, it's not a long leap from that to heroin addiction."

Stanford's hippy population immediately misconstrued the situation and adopted Hung's death as a pet cause. "He was a victim of the corporate greed-machine, just like Kurt [Cobain] and Eddie [Vedder, who is actually still alive]," said one dreadlocked mourner outside the engineering department at Stanford University, where a makeshift memorial had been set up, "he just wanted to sing, and Fox decided to turn him into this joke, man, this ***** joke. They just ate him up and spit him out. ***** Bill O'Reily. I think it's because he was against the war." The last comment is apparently in reference to the fact that Hung once answered "no, thank you" when asked whether he was "for or against the war in Iraq."

The Las Vegas police released part of his suicide note. It read, "I have no reason of living . . . my art which is my importance to the best everybody laugh to . . . I make end here . . . goodbye world of cruel."

Although Hung's immediate family disowned him seconds after his appearance on American Idol, it is believed he has an aunt in Toledo, Ohio who will take care of funeral arrangements.

Courtesy of www.brokennewz.com


 
Sebelum ini cicak sudah terfikir... adakah William Hung gemar dengan tindak-tanduk kita yang kononnya suka akan nyanyian beliau. Akhirnya beliau sedar dan membuat keputusan yang di luar jangkaan cicak....
 
Moral of the story; janganlah kita berlakon dan kononnya suka akan seseorang itu kerana tindakan ini akan disedari oleh empunya diri. Kalau tak suka, cakap seikhlas hati. Biarpun kata-kata itu agak mengguris perasaan orang itu, sekurang-kurangnya kita tidak hipokrik!!